Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Saturday, 6 February 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9

































MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGKUANG,
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
06.02.2010 (Sabtu)
8.00 pagi
Dewan SMK MENGKUANG
Perasmian oleh En. Azman Bin Ibrahim
Pengarah Bahagian Penyelarasan Bumiputera Pulau Pinang,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Sebelum pukul 8.00 pagi, para guru telah berada di sekolah. Dewan SMK Mengkuang yang menjadi lokasi mesyuarat telah mula dipenuhi oleh ibu bapa. Persediaan awal telah dilakukan oleh semua jawatankuasa yang telah dilantik. Semua jawatankuasa ini telah dibantu oleh para pelajar yang sedia membantu. Tetamu Kehormat juga telah tiba tepat pada masanya.
Mesyuarat telah bermula pada pukul 9.00 pagi dengan Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2009/2010. Seterusnya, ucapan aluan Pengetua SMK Mengkuang, Puan Jamilah Binti Man dan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat.
Selepas rehat, mesyuarat Agung PIBG SMK Mengkuang sesi 2010/2011 telah bermula. Semua agenda telah disempurnakan. pemilihan AJK baru juga telah dilaksanakan. Setelah mesyuarat selesai, sesi fotografi untuk AJK baru dan semua guru telah disempurnakan.
Majlis bersurai lebih kurang pada pukul 1.30pm.
Sekian.
06021010
10.20pm

No comments: