Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Thursday 18 February 2010

GOL





18.02.2010...Setelah sekian lama tidak ada tiang gol di padang SMK Mengkuang, akhirnya pada hari ini, hasil usaha cikgu Fadzil dan para pelajar, kedua-dua tiang gol telah dipacakkan semula.
Para pelajar telah meberikan kerjasama yang baik. Terima kasih semua.
10.15pm












Sukantara

Sukantara SMK Mengkuang telah diadakan pada 12.02.2010 (Jumaat)
Acara telah dimulakan pada pukul 8 pagi. Acara 100 meter, lompat jauh dan lontar peluru telah dijalankan. Semua acara telah selesai sebelum pukul 12 tengahari.
Semua pelajar dah guru telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik.

18022010
10pm

Saturday 6 February 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9

































MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGKUANG,
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
06.02.2010 (Sabtu)
8.00 pagi
Dewan SMK MENGKUANG
Perasmian oleh En. Azman Bin Ibrahim
Pengarah Bahagian Penyelarasan Bumiputera Pulau Pinang,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Sebelum pukul 8.00 pagi, para guru telah berada di sekolah. Dewan SMK Mengkuang yang menjadi lokasi mesyuarat telah mula dipenuhi oleh ibu bapa. Persediaan awal telah dilakukan oleh semua jawatankuasa yang telah dilantik. Semua jawatankuasa ini telah dibantu oleh para pelajar yang sedia membantu. Tetamu Kehormat juga telah tiba tepat pada masanya.
Mesyuarat telah bermula pada pukul 9.00 pagi dengan Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2009/2010. Seterusnya, ucapan aluan Pengetua SMK Mengkuang, Puan Jamilah Binti Man dan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat.
Selepas rehat, mesyuarat Agung PIBG SMK Mengkuang sesi 2010/2011 telah bermula. Semua agenda telah disempurnakan. pemilihan AJK baru juga telah dilaksanakan. Setelah mesyuarat selesai, sesi fotografi untuk AJK baru dan semua guru telah disempurnakan.
Majlis bersurai lebih kurang pada pukul 1.30pm.
Sekian.
06021010
10.20pm

Thursday 4 February 2010

LATIHAN KEBAKARAN-04022010





























































Pada 04.02.2010 (Khamis), SMK Mengkuang telah mengadakan latihan kebakaran. Latihan ini dijalankan di bawah kepimpinan Cikgu Ali. Beliau telah memberi taklimat beberapa hari sebelum latihan ini dilaksanakan. Peta laluan kecemasan telah disediakan. Walaupun terdapat perubahan tempat sebelum latihan ini dilaksanakan serta rungutan segelintir kecil yang merupakan perkara biasa, latihan kebakaran telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Latihan ini dilaksanakan dan dipantau oleh Jabatan Bomba. Para pegawainya telah memberi taklimat sebelum, tunjuk ajar semasa & komen yang membina selepas latihan tersebut. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa pelajar yang dilihat tidak serius dan peka terhadap perkara yang penting ini.
Pihak pentadbir & para guru juga perlu memperbaiki dan memurnikan aspek-aspek yang telah ditegur oleh para pegawai bomba.

04022010
9.45pm.