Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Thursday, 4 February 2010

LATIHAN KEBAKARAN-04022010





























































Pada 04.02.2010 (Khamis), SMK Mengkuang telah mengadakan latihan kebakaran. Latihan ini dijalankan di bawah kepimpinan Cikgu Ali. Beliau telah memberi taklimat beberapa hari sebelum latihan ini dilaksanakan. Peta laluan kecemasan telah disediakan. Walaupun terdapat perubahan tempat sebelum latihan ini dilaksanakan serta rungutan segelintir kecil yang merupakan perkara biasa, latihan kebakaran telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Latihan ini dilaksanakan dan dipantau oleh Jabatan Bomba. Para pegawainya telah memberi taklimat sebelum, tunjuk ajar semasa & komen yang membina selepas latihan tersebut. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa pelajar yang dilihat tidak serius dan peka terhadap perkara yang penting ini.
Pihak pentadbir & para guru juga perlu memperbaiki dan memurnikan aspek-aspek yang telah ditegur oleh para pegawai bomba.

04022010
9.45pm.














No comments: