Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Saturday, 10 May 2008

Guru Ponteng

Isu guru ponteng yang diketengahkan oleh Buletin Utama 8pm TV3 pada 09.05.2008 (Jumaat).
( Bukan untuk menyatakan tindakan guru tersebut itu betul !!! )
Seorang guru ponteng, dijadikan isu.
Ada sebabnya, tetapi, adakah pihak sekolah atau PIBG menyiasat terlebih dahulu mengapa guru tersebut tidak hadir selama 34 hari?
Kenapa tunggu selama 34 hari untuk mensensasikan isu ini?
Isu negatif melibatkan guru sangat cepat disebarkan oleh pihak lain, tetapi usaha yang curahkan jarang atau tidak pernah di sebarkan oleh pihak ibu bapa, sekolah maupun masyarakat.
Bak kata pepatah, oleh kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.
Inilah persepsi masyarakat kita, isu negatif cepat disebarkan, walaupun boleh diselesaikan secara mudah.
Yang positif tidak akan diutarakan atau akan dilupakan.
Pengajarannya, walaupun seorang guru itu telah melakukan banyak kebaikan, satu kesilapan yang dilakukan oleh beliau akan diperbesar-besarkan oleh masyarakat kita.
Anjakan paradigma diperlukan. Paradigm shift.
Be open minded, be logical, be practical, be resonable.
Tetapi, jika guru tersebut telah ponteng tanpa sebab, maka tindakan yang sewajarnya mesti diambil terhadap guru tersebut.
SELAMAT HARI GURU.
10052008 ( Saturday )
10.50a.m.

1 comment:

Anonymous said...

Hi... I just want to test giving comments as anonymous