Selamat Hari Guru buat guru-guru yang mengunjungi blog ini. Tuan blog ini telah menulis mengenai pendedahan yang dibuat oleh media tempatan tentang perilaku yang kelihatannya amat buruk sekali oleh seorang pendidik. Terima kasih Selva...
Pendedahan seperti ini seringkali mengundang seribu persoalan di hati saya akan tujuan sebenar ianya ditatap umum. Mungkin kebetulan atau adakah mungkin sengaja ianya dipaparkan ketika jangka waktu warga pendidik menyambut hari guru semakin tiba. Boleh dikatakan kebanyakan hebahan tentang guru di media adalah berkaitan dengan pendedahan yang berbentuk skandal, kecaman, keburukan dan kadangkala jenayah. Pendedahan seperti ini sebenarnya adalah berat sebelah kerana para guru yang ditelanjangi imejnya ini tidak diberi kesempatan membela diri oleh media malahan mereka telah dijatuhi hukuman oleh media sebelum kes mereka disiasat.
Saya pernah menulis mengenai layanan media terhadap para guru di blog saya. Nampaknya media (atau mungkinkah masyarakat?) masih lagi memainkan lagu yang sama terhadap guru. Mesej yang cuba disampaikan oleh media masih lagi belum dapat saya fahami. Saya masih lagi cuba merungkai persoalan kenapa setiap kali tiba hari guru, kes-kes yang melibatkan guru masih lagi dikeluarkan? dan perlu juga kita persoalkan adakah kes-kes itu mencerminkan warga pendidik keseluruhannya. Apakah tidak ada langsung kecemerlangan dan sumbangan besar yang dilakukan oleh para guru di negara kita? dan adakah disebabkan itu hanya keburukan sahaja yang layak dipaparkan mengenai guru-guru di Malaysia?
Memandangkan hari guru semakin tiba, perlu juga saya berkongsi isi hati beberapa rakan guru saya yang mengeluh mengenai sambutan hari guru yang disambut saban tahun. Antara keluhannya adalah, hari guru bagaikan tiada keistimewaan kerana yang meraikan guru-guru adalah kalangan guru-guru sendiri. Ianya bagaikan seseorang memberi sambutan hari jadi kepada dirinya sendiri... benarkah keluhan yang dinyatakan ini? sama-samalah kita fikir-fikirkan... SELAMAT HARI GURU...

p/s: Be a teacher not a cheater